YUNNAN: Monyet daun Phayre, spesies di bawah perlindungan negara kelas pertama di China, baru-baru ini mengalu-alukan bayi baharu di daerah Longling, bandar Baoshan, Wilayah Yunnan di barat daya China.
Sekumpulan monyet daun Phayre dilihat memegang anak, memetik dan memakan daun muda di hutan. Bulu keemasan khas bayi akan beransur-ansur berubah menjadi kelabu kebiruan muda dalam masa tiga hingga empat bulan. Mereka hidup berdikari apabila mereka mencapai umur satu tahun.
Monyet daun Phayre, spesies di bawah perlindungan negara kelas pertama di China, baru-baru ini mengalu-alukan bayi baharu di daerah Longling, bandar Baoshan, Wilayah Yunnan di barat daya China.
Video: Reuters pic.twitter.com/ga3A3Wbq3Y
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 20, 2025
Bilangan monyet daun Phayre telah meningkat kepada 350 ekor di daerah itu hasil usaha perlindungan alam sekitar ekologi dan pemantauan hidupan liar yang lebih kerap.
Populasi spesies terancam ini telah menyaksikan peningkatan yang ketara di Pergunungan Gaoligong di Wilayah Yunnan. Jumlah mereka telah melonjak daripada 320 kepada lebih daripada 800 sepanjang dekad yang lalu.
Penubuhan koridor biologi, kualiti habitat hidupan liar di rantau ini dilihat telah dapat meningkatkan bilangan spesis monyet daun Phayre dengan ketara, dan memainkan peranan penting dalam memelihara populasi ini. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.