Tumpuan :
Dunia

Venezuela hantar 14 tan bantuan kemanusiaan ke Syria untuk pelarian Lubnan

BOGOTA: Venezuela pada Sabtu mengumumkan penghantaran 14 tan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Lubnan yang melarikan diri ke Syria akibat serangan Israel.

Menteri Luar Venezuela Yvan Gil berkata sumbangan itu diberikan oleh rakyat Venezuela dan bantuan akan dihantar secepat mungkin, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat yang membawa bantuan itu dijangka mendarat di Syria dalam tempoh beberapa jam.

Menteri Luar Gil menegaskan bahawa Presiden Nicolas Maduro berdiri teguh bersama rakyat Palestin, Lubnan, Iran, dan Syria.

Sebelum ini, rakyat Venezuela melancarkan kempen di Yellow House di Plaza Bolivar, Caracas, bagi membantu pelarian Lubnan yang melarikan diri akibat perang.

— BERNAMA-ANADOLU

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini