Tumpuan :
Dunia

Vance percaya North Carolina negeri penting untuk kemenangan Trump 

FOTO: Reuters

MOSCOW: Calon naib presiden Amerika Syarikat, JD Vance yang menjadi gandingan Donald Trump, percaya bahawa sukar untuk mereka memenangi pilihan raya pada November ini jika gagal memperoleh kemenangan di North Carolina, lapor Sputnik.

“Agak sukar untuk kami menang melainkan kami dapat memenangi North Carolina,” kata Vance kepada wartawan pada Sabtu, seperti yang dipetik oleh The Hill.

Pada masa yang sama, Vance “sangat yakin” dengan peluangnya dan Trump untuk menang di North Carolina.

Menurut Vance, beliau dan Trump hanya boleh tewas di negeri itu sekiranya jumlah pengundi yang keluar mengundi rendah.

Donald Trump memenangi pilihan raya 2020 di North Carolina. Kali terakhir calon Demokrat memenangi negeri itu ialah pada 2008, apabila Barack Obama mengalahkan John McCain dengan 20,000 undi.

Pilihan raya presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada 5 Nov ini.

Naib Presiden Kamala Harris akan mewakili Parti Demokrat, manakala bekas Presiden Donald Trump akan mewakili Parti Republikan. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini