Tumpuan :
Dunia

Uttar Pradesh dan New Delhi dilanda kabus tebal

Foto: Reuters

INDIA: Kabus meliputi beberapa kawasan di negeri Uttar Pradesh utara dan ibu negara India, New Delhi pada hari Jumaat (10 Januari).

Jarak penglihatan di bandar-bandar utara seperti Moradabad dan Prayagraj telah berkurangan dengan ketara pada hari Jumaat apabila keadaan gelombang sejuk semakin teruk di negeri tersebut.

Taj Mahal yang ikonik juga hilang sepenuhnya sebalik kabus di kawasan permandangan di bandar Agra.

Menurut Jabatan Kaji Cuaca, keadaan berkabus dijangka berterusan di beberapa bahagian barat Uttar Pradesh hingga 14 Januari.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran jingga untuk Delhi pada hari Jumaat, iaitu tahap amaran kedua tertinggi.

Ia meramalkan kabus tebal hingga sangat tebal di banyak kawasan yang mungkin akan memberi kesan kepada lapangan terbang, lebuh raya dan laluan kereta api di kawasan tersebut. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini