comscore
Tumpuan :
Dunia

UNSC putus keanggotaan penuh Palestin di PBB bulan ini

Foto REUTERS

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNSC akan memutuskan mengenai tawaran Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB bulan ini.

Kempen itu bagaimanapun dikhuatiri berdepan cabaran berikutan tentangan Amerika Syarikat.

Ketika pergolakan di Gaza berlanjutan memasuki bulan ketujuh, sekiranya langkah majlis keselamatan itu dimuktamad, ia digambarkan sebagai detik bersejarah oleh rakyat Palestin meskipun ditentang hebat oleh Israel.

Duta Malta, Vanessa Frazier, yang memegang jawatan presiden Majlis Keselamatan secara bergilir, berkata mereka sudah memutuskan perbincangan ini perlu diadakan pada April.

Sebarang permintaan untuk menjadi negara anggota PBB mesti terlebih dahulu melalui Majlis Keselamatan, yang lazimnya sekutu Israel, Amerika Syarikat akan menggunakan veto, dan kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung.

Palestin yang mempunyai status pemerhati di badan dunia itu sejak 2012, melobi sejak bertahun lamanya untuk mendapatkan keahlian penuh, yang akan menyamai pengiktirafan kenegaraan Palestin.

Pemerhati bagaimanapun meramalkan Amerika Syarikat akan menggunakan vetonya, menentang keahlian Palestin sejak 2011.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini