comscore
Tumpuan :
Dunia

UNSC adakan persidangan tergempar berkaitan pergolakan terkini Asia Barat

NEW YORK: UNSC adakan persidangan tergempar berkaitan pergolakan terkini Asia Barat yang dijadualkan jam 10.00 pagi waktu tempatan di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat.

Dalam satu surat kepada majlis berkenaan, wakil Israel ke PBB, Danny Danon mengecam tindakan terbaharu Iran melancarkan serangan yang cuba memusnahkan Israel hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Justeru, Danon menuntut majlis keselamatan dunia itu mengecam Iran dan melabel Pasukan Pertahanan Revolusi Iran (IRGC) sebagai ‘pengganas’.

Iran bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu, dengan menyifatkan serangan peluru berpandu berkenaan sebagai menuntut bela dan solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Lubnan yang selama ini menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.

Ia juga sebagai balasan terhadap kedegilan Israel yang enggan menghentikan keganasan seperti diseru PBB, selain sebagai akibat serangan yang mengorban barisan pemimpin pejuang Islam termasuk Hamas, Hizbullah dan IRGC.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini