GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran terpaksa berhenti tugas di seluruh semenanjung Gaza hari ini jika tidak menerima sebarang penghantaran kecemasan bekalan minyak di kawasan bergolak.
Beberapa hospital di Gaza juga berdepan risiko penutupan operasi susulan ketiadaan bekalan minyak.
Kanada dan Amerika Syarikat dalam pada itu menggesa agar ruang diberikan bagi membolehkan penghantaran masuk bantuan kemanusiaan termasuk makanan, minuman dan minyak kepada penduduk terjejas.
Jordan pada masa sama mengedarkan draf resolusi sebelum bermulanya mesyuarat Agung PBB yang dijadualkan esok bagi menggesa gencatan senjata segera diadakan Asia Barat
Mesyuarat tergempar itu akan diadakan selepas Jordan dan Mauritania yang turut mewakili beberapa negara menggesa penganjurannya bagi membincangkan isu Palestin – AL JAZEERA