![](https://media.buletintv3.my/2023/07/CMS-PP-2023-07-17T174114.962.jpg)
BEIJING: Syarikat Nuklear Kebangsaan China (CNNC) memaklumkan satu lagi majlis pecah tanah untuk unit baharu loji janakuasa nuklear telah diadakan di Chashma, Pakistan baru-baru ini.
Dikenali sebagai C-5, ia mempunyai kapasiti sejuta kilowatt dengan teknologi “Hualong One”, iaitu generasi ketiga CNNC, sekali gus menjadi unit janakuasa nuklear ketiga “Hualong One” di luar China.
Dengan teknologi “Hualong One”, iaitu satu daripada teknologi janakuasa nuklear tercanggih di dunia, C-5 dijangka mampu membekalkan elektrik sebanyak 10 bilion kilowatt sejam setahun.
Secara tidak langsung ia berkemampuan memenuhi keperluan penggunaan lebih empat juta keluarga setempat sepanjang tahun.
China dan Pakistan telah membina enam unit janakuasa nuklear yang dapat membekalkan elektrik bersih sebanyak 30 bilion kilowatt-jam setahun, bersamaan dengan penjimatan 9.38 juta tan penggunaan arang standard.
Penjimatan itu dapat mengurangkan pelepasan 24.48 juta karbon dioksida setiap tahun, atau menanam sebanyak 210 juta batang pokok. – BERNAMA-CMG