comscore
Tumpuan :
Dunia

UNICEF gesa gencatan senjata segera di Gaza lindungi kanak-kanak

FOTO: Reuters

NEW YORK: Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF Ted Chaiban hari ini menggesa gencatan senjata segera di Gaza untuk menamatkan pembunuhan dan kecederaan terhadap kanak-kanak serta membolehkan penghantaran segera bantuan menyelamatkan nyawa yang sangat diperlukan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Chaiban memberitahu taklimat media mengenai misinya ke Israel, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat bahawa skala kemusnahan dan penderitaan kanak-kanak telah meningkat dengan ketara.

Jumlah keseluruhan individu yang terpaksa berpindah meningkat daripada 1.7 kepada 1.9 juta orang.

Beliau juga menekankan keperluan untuk penyelesaian politik yang dirundingkan, yang mengutamakan hak dan kesejahteraan kanak-kanak. – BERNAMA-WAM

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini