comscore
Tumpuan :
Dunia

UNHCR gesa Indonesia lindungi Rohingya

FOTO: Reuters

BANDA ACEH: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi selepas berlaku percubaan untuk mengusir etnik itu di Banda Aceh, Indonesia.

Dalam satu kenyataan, UNHCR amat kesal apabila mendapati kumpulan perusuh menyerbu lokasi yang menyediakan perlindungan kepada keluarga pelarian, majoritinya kanak-kanak dan wanita.

FOTO: Reuters

Kumpulan itu menuntut etnik Rohingya berkenaan diusir sebelum memindahkan mereka secara paksa ke lokasi lain.

UNHCR menyatakan kebimbang mengenai keselamatan pelarian dan menyeru pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan untuk segera bertindak bagi memastikan perlindungan terhadap semua individu yang terdesak dan kakitangan kemanusiaan.

FOTO: Reuters

Sementara itu badan berkenaan merayu orang ramai di Indonesia untuk menyemak maklumat dimuat naik dalam talian, kebanyakannya palsu atau diputarbelit dengan imej yang dijana AI dan ucapan kebencian dihantar daripada akaun bot.

Justeru UNHCR mengingatkan, pelarian kanak-kanak, wanita dan lelaki yang mencari perlindungan di Indonesia adalah mangsa penganiayaan dan konflik serta mangsa yang terselamat daripada perjalanan laut berbahaya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini