comscore
Tumpuan :
Dunia

UNGA terima pakai resolusi Palestin, tuntut Israel keluar dalam tempoh 12 bulan

FOTO: Reuters

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) menerima pakai resolusi digubal oleh Palestin yang menuntut Israel menamatkan kehadirannya yang menyalahi undang-undang di wilayah Palestin yang diduduki dalam tempoh 12 bulan.

Selain itu, sekatan akan dikenakan terhadap Israel sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

124 negara anggota menyokong resolusi itu, 43 berkecuali manakala Israel, Amerika Syarikat dan 12 yang lain menentang.

Resolusi perhimpunan agung itu juga menyeru negara anggota untuk mengambil langkah menghentikan pengimportan mana-mana produk yang berasal dari penempatan haram Israel, selain menghentikan peruntukan senjata kepada Israel yang disyaki digunakan dalam penaklukan di wilayah Palestin.

Di samping itu juga, resolusi berkenaan turut menuntut pengunduran tentera israel dari wilayah Palestin, pembinaan penempatan haram baharu dihentikan dan pemulangan semula tanah serta harta benda yang dirampas.

Resolusi itu adalah yang pertama dikemukakan secara rasmi oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin, PLO sejak mereka memperoleh hak dan keistimewaan tambahan termasuk kerusi dalam kalangan anggota PBB di dewan perhimpunan dan hak untuk mencadangkan draf resolusi.

Kumpulan Hamas turut mengalu-alukan penerimaan pakai resolusi itu dengan berkata ia mencerminkan solidariti komuniti antarabangsa bersama perjuangan rakyat Palestin. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini