comscore
Tumpuan :
Dunia

Umat Islam Singapura, Indonesia sambut Aidiladha 17 Jun

SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun, menurut Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir.

“Mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria ‘imkanur rukyah’, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 49 minit setelah matahari terbenam petang semalam.

Ini bererti awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1445 Hijrah jatuh pada Sabtu 8 Jun 2024. Dengan itu, sukacita saya mengisytiharkan bahawa Aidiladha jatuh pada Isnin, 17 Jun 2024,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), pada Jumaat.

Nazirudin mengajak umat Islam untuk bersama-sama menyambut kedatangan bulan Zulhijjah dengan amal kebajikan serta mendoakan para jemaah haji agar dikurniakan keselamatan dan ibadah haji yang mabrur.

“Hayatilah erti pengorbanan disebalik Aidiladha dan sambutlah ia dengan penuh keihsanan,” katanya.

Sementara itu, umat Islam di Indonesia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Saiful Rahmat Dasuki.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Isbat di Jakarta Pusat, Jumaat malam.

Dalam sidang media, Saiful Rahmat berkata jawatankuasa itu sebulat suara memutuskan Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada Isnin. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini