ASIA BARAT : Sebahagian negara Islam mula menyambut Aidiladha hari ini, antara tumpuan termasuk beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara.
Walaupun berdepan penindasan dan kezaliman yang berlarutan sejak sekian lama akibat tindakan kejam rejim Zionis, umat Islam di bumi Anbiya tetap menyambut kedatangan Aidiladha dengan penuh kesyukuran.
Masjidil Aqsa antara tumpuan utama bagi penduduk menunaikan solat sunat bersama ahli keluarga dan sanak saudara.
“Walaupun sakit, menderita dan Gaza dikepung, kami masih datang untuk menunaikan solat. Dengan izin Tuhan, semua orang berkorban dan suasana di sini adalah berbeza dari tempat lain.” kata penduduk.
Turut menyambut Aidiladha hari ini, umat Islam di Lubnan.
Kesempatan ini digunakan penduduk untuk beramah mesra mengeratkan tali silaturrahim.
Di Amman Jordan pula, ribuan penduduk hadir di masjid bagi menunaikan ibadah solat sunat.
Harapan tetap sama, agar umat Islam bersatu hati terutama di negara bergolak.
“Semoga Tuhan memberikan kebahagiaan dan menyatupadukan semua umat Islam, terutama kanak-kanak di negara lain yang mungkin mereka tidak gembira seperti kita, saudara kita di Palestin, Sudan, Syria dan Iraq.” kata Penduduk.