comscore
Tumpuan :
Dunia

Ukraine, NATO bincang kerjasama & pulih hubungan

Foto: Reuters

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bertemu dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg bagi membincangkan kerjasama dan memulihkan hubungan antara Ukraine dan perikatan itu pada Khamis.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu pertahanan, termasuk situasi di medan perang di Ukraine dan keperluan tentera Ukraine.

Melindungi infrastruktur tenaga Ukraine daripada kemungkinan serangan dan prospek membekalkan sistem pertahanan udara tambahan ke Ukraine oleh negara anggota NATO adalah satu lagi topik dalam pertemuan itu.

Zelensky menyifatkan, rundingan itu sebagai “perbincangan bermakna antara sekutu de facto”.

Sementara itu, Stoltenberg berjanji sokongan NATO kepada Ukraine akan diteruskan.

Menurut laporan media, Stoltenberg tiba lebih awal di Kyiv untuk lawatan yang tidak diumumkan itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini