NEW YORK: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Rusia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Rusia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan UNSC.
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Rusia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Rusia dalam UNSC.
Selain Rusia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat menjadi negara berkuasa besar menyekat sebarang resolusi.
Ujar Zelensky, langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.