Tumpuan :
Dunia

Ukraine dakwa Rusia gunakan teknologi Ai sebar maklumat palsu

Foto: Reuters

KYIV: Ukraine mendakwa Rusia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (Ai) untuk menyebarkan maklumat palsu berkenaan negara itu.

Timbalan Menteri Luar Ukraine, Anton Demokhin memberitahu Reuters serangan siber yang diterima negaranya menerusi teknologi itu semakin meningkat terutama dalam konteks naratif maklumat palsu.

“AI generatif membolehkan naratif maklumat palsu untuk digandakan dan diedarkan pada tahap yang lebih kompleks,” katanya.

Demokhin menjelaskan bahawa kempen maklumat palsu baharu ini sukar untuk dikesan, dengan aktiviti lebih meluas di platform media sosial.

Selain itu, pegawai perisikan AS pada Isnin lalu memberi amaran bahawa Rusia adalah antara negara yang menggunakan Ai untuk mempengaruhi pengundi Amerika Syarikat (AS) menjelang pilihan raya November.

Sementara itu, menurut Reuters, OpenAI mengesahkan bahawa mereka telah mengenal pasti dua operasi Rusia yang menyerang Ukraine di media sosial seperti Telegram dan X.

Reuters melaporkan, lebih daripada tiga perempat rakyat Ukraine mendapatkan berita mereka dari media sosial, menurut kajian USAid pada 2023.

Pada Jun lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat dakwaan serangan siber Rusia terhadap infrastruktur sivil Ukraine sebagai jenayah perang.

Demokhin turut menyatakan Ukraine sedang bekerjasama dengan ICC dalam siasatan tersebut dan telah mencapai beberapa persetujuan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini