LONDON: Cuaca sejuk melampau melanda United Kingdom (UK) dengan pelbagai amaran dikeluarkan kepada orang ramai.
Ia termasuk amaran pembentukan ais dan kabus yang boleh menyebabkan kemalangan dan mengancam nyawa orang ramai.
Ribut membawa taburan salji di banyak kawasan selain banjir mungkin berlaku akibat pencairan.
Suhu jatuh sehingga -20 darjah celcius di sebahagian kawasan di Scotland dan utara England.
140 sekolah dan 100 taska terpaksa ditutup di utara Scotland manakala 80 lagi sekolah ditutup di Wales.
Selain itu, Amaran perjalanan dikeluarkan di banyak kawasan selain gangguan perkhidmatan kereta api.
Bagaimanapun, keadaan diramal mula beransur pulih awal minggu depan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.