comscore
Tumpuan :
Dunia

Ujian toksikologi dapati Liam Payne ambil dadah sebelum maut terjatuh balkoni

Foto fail Reuters

BUENOS AIRES: Kematian tragis bekas penyanyi One Direction, Liam Payne dikaitkan dengan penemuan pelbagai jenis dadah di dalam sistem tubuhnya termasuk methamphetamine, berdasarkan sebuah laporan toksikologi awal.

Penyanyi berusia 31 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari balkoni hotel di Buenos Aires, Argentina, pada 16 Oktober lalu.

Laporan beberapa portal hiburan antarabangsa turut mendedahkan satu campuran dadah ‘kokain pink’ yang mengandungi methamphetamine dan ketamin ditemui semasa proses autopsi.

Bagaimanapun, seorang pegawai yang enggan mendedahkan identiti dirinya berkata, laporan toksikologi awal menunjukkan bukti penemuan kokain di dalam tubuh Payne, tetapi menegaskan ia tidak memberi bacaan yang tepat kandungan sebenar bahan terlarang itu dalam darahnya ketika meninggal dunia.

Kecederaan traumatik yang menyebabkan kematiannya adalah konsisten iaitu terjatuh dari tingkat tiga hotel dengan kemungkinan tidak melibatkan penglibatan orang lain.

Payne juga dikatakann mungkin terjatuh dari balkoni bilik hotel dalam keadaan ‘separa atau tidak sedarkan diri langsung’.

Gambar yang didakwa diambil dari dalam bilik hotel Payne menginap oleh media tempatan menunjukkan serbuk seperti salji ditinggalkan di atas meja dan skrin televisyen yang pecah.

Tidak lama sebelum kematiannya, pengurus hotel telah menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan seorang tetamu yang bertindak agresif dan di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Dalam pada itu, Geoff Payne masih berada di Buenos Aires untuk mengatur pengurusan kematian anaknya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini