comscore
Tumpuan :
Dunia

Udara di Kathmandu, paling tercemar di dunia

Kathmandu, Nepal. – FOTO: AGENSI

BANGKOK: Kathmandu, Nepal disenaraikan sebagai bandar yang merekodkan pencemaran udara terburuk di dunia.

Berdasarkan laman web IQAir yang mengukur kualiti udara di bandar seluruh dunia, Kathmandu merekodkan indeks kualiti udara (AQI) pada tahap 171.

Chiang Mai, Thailand yang merekodkan AQI 161 disenaraikan sebagai bandar yang mempunyai pencemaran udara kedua terburuk, manakala Bangkok tersenarai pada kedudukan kelima terburuk yang merekodkan bacaan 152.

Berdasarkan senarai 10 bandar yang merekodkan pencemaran udara terburuk, Karachi, Pakistan berada pada kedudukan ketiga terburuk, diikuti Kampala (Uganda), Delhi (India), Calcutta (India), Jakarta (Indonesia), Medan (Indonesia) dan Lahore (Pakistan).

Portal berita Thai PBS World melaporkan di Bangkok, paras PM2.5 melebihi ambang 37.5μg/m³ dalam beberapa kawasan termasuk Bang Khun Thian, Taling Chan, Khlong San, Bangkok Yai, Chatuchak dan Thawee Wattana.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi menasihatkan orang ramai di kawasan utara, timur laut dan timur supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan ribut musim panas dari Jumaat hingga Selasa depan, berikutan angin barat yang bertiup ke atas wilayah utara dan timur laut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini