comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Ucapan ‘syok sendiri’, Netanyahu ikrar kemenangan total di Gaza, kecam penunjuk perasaan A.S

WASHINGTON D.C: Tidak sedar tindakannya terus mengudang kebencian, di pentas kongres sekutu kuatnya Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk mencapai “kemenangan total” terhadap Hamas.

Dia juga dengan bongkaknnya mengecam penunjuk perasaan Propalestin Amerika yang melancarkan protes kehadirannya ke negara itu.

Foto: Reuters

Terang-terangan Netanyahu dilihat ‘menggunakan’ pentas berprofil tinggi itu pada mesyuarat bersama kongres menekankan hubungan erat Amerika Syarikat-Israel.

Dia juga kononnya mengharapkan pentadbiran Biden dapat membawa kemajuan dalam rundingan menamatkan pertempuran, yang jelas hanya memberi keuntungan kepada Israel.

Ia hanya bagi kepentingan melepaskan semua tebusan rakyatnya di bawah tahanan pejuang Hamas.

Bagai ucapan ‘syok sendiri’ Netanyahu melihat kehadirannya itu mampu meredakan perpecahan dalam masyarakat Amerika susulan perang di Gaza.

Namun puluhan penggubal undang-undang memboikot isu itu, selain ribuan penunjuk perasaan di luar Capitol terus mengutuk keganasan dan krisis kemanusiaan yang dicetus Netanyahu serta rejimnya.

Dalam pada Netanyahu berucap di kongres, beberapa protes bertukar ganas dan terus huru-hara, termasuk di radius berdekatan capitol yang dikawal ketat pasukan keselamatan Amerika Syarikat.

Penunjuk perasaan di luar Stesen Union berhampiran bertindak menurunkan bendera Amerika dan menaikkan serta mengibar bendera Palestin.

Pasukan keselamatan juga bagai tiada pilihan berdepan penunjuk perasaan, mengunakan belantan dan melepaskan gas pemedih mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini