DUBAI: Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum telah mengarahkan pemberian bantuan kemanusiaan sebanyak AED50 juta (AS$13.6 juta) kepada rakyat Palestin.
Bantuan itu yang disalurkan melalui “Mohammed bin Rashid Al Maktoum Global Initiatives (MBRGI)” adalah sebahagian daripada dasar UAE untuk menyediakan bantuan dan pertolongan segera kepada penduduk yang memerlukan di seluruh dunia semasa krisis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Israel telah mengabaikan gesaan antarabangsa untuk menghentikan serangan, selain memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lalu telah mengorbankan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak. – BERNAMA-WAM
| ARTIKEL BERKAITAN
- PBB dedah tentera Israel beri amaran pindahkan 1.1 juta rakyat Palestin ke selatan Gaza
- Dekan Universiti Islam Gaza korban serangan rejim Zionis
- Hospital di Gaza ‘kritikal’ – WHO
- HRW dakwa Israel guna bom fosforus di Gaza, Lubnan
- Dunia kecam Israel paksa penduduk Gaza pindah
- Ribuan berlindung di hospital terbesar di Gaza selepas arahan berpindah Israel