ISTANBUL: Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, pada Rabu menyeru hampir 16 juta penduduk supaya mengamalkan langkah penjimatan air di tengah-tengah musim kemarau.
Isi padu empangan Istanbul kini hanya sekitar 33.37 peratus dan menyaksikan penurunan berterusan, lapor Xinhua.
Kadar pengisian 10 empangan yang membekalkan air ke Istanbul mencapai 61.87 peratus pada Ogos tahun lalu, menurut data rasmi Pentadbiran Air dan Pembetungan Istanbul (ISKI).
ISKI mengesyorkan senarai langkah penjimatan air untuk penduduk, termasuk membaiki pili air dan memendekkan masa di dalam bilik mandi selama satu minit dan ia mampu menjimatkan enam tan dan 16 tan air, setahun. – BERNAMA-XINHUA