comscore
Tumpuan :
Dunia

Turkiye panggil pulang duta di Israel 

Penduduk Istanbul memperlihatkan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin – Foto REUTERS

ISTANBUL: Keangkuhan Israel dengan meneruskan serangan ke atas Gaza dan tidak menghiraukan seruan diadakan gencatan senjata, menyaksikan Turkiye memanggil pulang dutanya di Tel Aviv.

“Menyedari tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza akibat serangan berterusan Israel terhadap orang awam dan keengganan Israel memenuhi seruan gencatan senjata serta kemasukan bantuan kemanusiaan yang berterusan dan tanpa halangan, adalah diputuskan untuk memanggil balik Duta kita di Tel Aviv, Sakir Ozkan Torunlar, ke Ankara untuk berunding,” menurut kenyataan Kementerian Luar, lapor Agensi Anadolu.

Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak konflik tercetus pada 7 Oktober. Sekurang-kurangnya 9,488 penduduk Palestin, termasuk 3,900 kanak-kanak telah terbunuh, menurut angka rasmi.

Bekalan asas semakin berkurangan untuk penduduk Gaza kerana kepungan Israel, di samping peningkatan besar jumlah korban dan kehilangan tempat tinggal. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini