Tumpuan :
Dunia

Tunjuk perasaan solidariti penduduk Yemen kepada rakyat Palestin

FOTO: Reuters

YEMEN: Ribuan penunjuk perasaan, kebanyakannya penyokong Houthi, berhimpun pada hari Jumaat di Dataran Sabeen di ibu kota Yemen, Sanaa, bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Kumpulan Houthi yang disokong Iran, yang menguasai sebahagian besar barat Yemen termasuk ibu kota, bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Israel jika negara itu meneruskan serangan ke atas Gaza dan tidak mematuhi perjanjian gencatan senjata, kata ketua kumpulan itu, Abdulmalik al-Houthi, pada Selasa (11 Februari).

FOTO: Reuters

Sebelum ini, Houthi telah menyerang kapal-kapal Israel dan kapal lain di Laut Merah, mengganggu laluan perkapalan global dengan alasan tindakan itu sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza semasa peperangan Israel dengan Hamas.

Houthi yang merupakan sebahagian daripada pakatan serantau anti-Israel dan anti-Barat Iran yang dikenali sebagai ‘Axis of Resistance’, juga telah melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel, yang terletak beratus-ratus kilometer di utara. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini