Tumpuan :
Dunia

Tuna Biru dijual pada harga RM6 Juta di Tokyo

Seekor tuna biru seberat 276 kilogram yang dilelong pada harga 207 juta yen Jepun (kira-kira RM6 juta) telah dipamerkan selepas lelongan tuna pertama bagi Tahun Baharu di Pasar Toyosu, Tokyo, Jepun, – FOTO: Reuters

TOKYO: Seekor tuna biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (RM6 juta) dalam lelongan tahunan di Pasar Ikan Toyosu, Tokyo, pada Sabtu (5 Januari), menjadikan ia tawaran kedua tertinggi dalam sejarah lelongan sejak 1999, menurut penganjur.

Ikan seberat 276 kilogram itu dibeli bersama oleh pemborong terkenal Yamayuki dan restoran sushi mewah, Sushi Ginza Onodera, menurut laporan Reuters.

Rekod bidaan tertinggi dalam lelongan itu adalah 333.6 juta yen (kira-kira RM13 juta pada waktu itu) yang dicatatkan pada tahun 2019, menurut laporan media tempatan.

Lelongan itu menyaksikan suasana meriah dengan pelelong membunyikan loceng sebagai tanda jualan dan para pembida giat menawarkan harga untuk tuna yang dipamerkan. Ikan-ikan tersebut turut diperiksa dengan teliti oleh pembida dan vendor sebelum dibeli.

Pasar Ikan Toyosu terkenal sebagai destinasi utama bagi perdagangan tuna di Jepun dan menjadi tumpuan penggemar makanan laut dari seluruh dunia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini