Rakaman video kamera litar tertutup CCTV yang tular di media sosial, memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa menukar kod bar QRIS pada kotak derma masjid Nurul Iman di Blok M Square, Jakarta Selatan. pic.twitter.com/P1LygFDV6w
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) April 11, 2023
![](https://media.buletintv3.my/2023/04/2UtBvRh9-CMS-PPZ-2.jpg)
JAKARTA: Polis menahan penjenayah yang melakukan penipuan menukar kod bar QRIS, pada kotak derma di beberapa masjid di Jakarta Selatan, antaranya Masjid Istiqlal.
Kes itu menjadi perhatian umum selepas rakaman video kamera litar tertutup CCTV yang tular di media sosial, memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa menukar kod bar QRIS pada kotak derma masjid Nurul Iman di Blok M Square, Jakarta Selatan.
Kes serupa turut dilaporkan berlaku di Masjid Istiqlal, Jakarta.
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ibadah Masjid Istiqlal, Abu Hurairah mendedahkan, pegawai menemui sekitar 50 pelekat kod bar QRIS palsu.
Abu berkata, pelekat kod bar QRIS palsu yang tertera “Restorasi Masjid” itu ditemui kira-kira tiga hari lalu.
Tambahnya, pihak pengurusan Masjid Istiqlal telah melaporkan kepada pihak bank selepas mengetahui kejadian itu.
Setakat ini, seorang suspek yang disyaki melakukan penipuan itu secara bersendirian sudah ditangkap. – CNN Indonesia