Tumpuan :
Dunia

Trump tolak debat ketiga, tuding jari kepada Harris dan Biden

Oleh: Fahmi Tajuddin

NEW YORK: Calon presiden Parti Republikan, Donald Trump, pada Khamis mengumumkan beliau tidak akan menyertai debat ketiga bersama calon parti Demokrat, Kamala Harris, menjelang pilihan raya pada 5 November depan.

 

Menurut Trump, Biden dan Harris telah menghancurkan negara kita dengan jutaan penjenayah termasuk orang yang tidak siuman membanjiri AS tanpa sebarang kawalan atau pemeriksaan.

“Ini menyebabkan kelas pertengahan kita muflis. Kamala sepatutnya fokus pada apa yang dia patut lakukan sepanjang tempoh empat tahun lepas. Tiada debat ketiga!,” ujar Trump.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau mengambil bahagian dalam debat bersama Biden pada Jun lalu dan Harris awal minggu ini.

Walaupun Trump berulang kali menyatakan bahawa prestasinya dalam debat tersebut adalah baik, enam penderma Republikan dan tiga penasihat Trump yang bercakap kepada Reuters berkata mereka percaya Harris telah memenangi debat berkenaan.

Debat tersebut menarik perhatian 67.1 juta penonton televisyen, menurut data daripada Nielsen.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Trump, Harris yang berucap di sebuah perhimpunan memberi reaksi bahawa debat yang ketiga harus dilakukan bagi melunaskan ‘hutang’ kepada pengundi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini