comscore
Tumpuan :
Dunia

Trump tidak akan berdiam diri jika kalah – Biden

Biden tidak yakin Trump berdiam diri jika kalah. – FOTO: Reuters

DETROIT: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menegaskan beliau ‘tidak yakin’ akan berlaku peralihan kuasa secara aman jika Donald Trump kalah dalam pemilihan presiden AS November ini.

Ia susulan pesaing Trump, Kamala Harris, memberi amaran kemenangan Trump akan membawa kepada pentadbiran tanpa undang-undang yang bertujuan menyekat kebebasan rakyat AS.

“Jika Trump kalah, saya tidak yakin sama sekali beliau akan berdiam diri kerana beliau sendiri berulang kali mempertikaikan proses pemilihan ini dan menegaskan ‘akan lakukan apa yang perlu dilakukan’.

“Kita tidak menganggap ini sebagai serius, tetapi Trump akan buat,” kata Biden kepada rangkaian AS, CBS, apabila ditanya sama ada beliau menjangkakan peralihan kuasa secara aman pada 2025.

Kenyataan Biden, yang disiarkan sepenuhnya pada Ahad, dibuat sejurus selepas Harris memberi amaran berhubung kelakuan bilionair berusia 78 tahun itu sekiranya dia kalah dalam pemilihan Presiden AS 2024.

Sebelum ini, Trump sudah didakwa dua kali atas pelbagai dakwaan cubaan untuk menipu dalam pilihan raya 2020, yang beliau masih belum mengakui kekalahannya dan disabitkan dengan 34 jenayah berhubung sogokan wang bertujuan menipu pengundi pada 2016.

Harris dalam kempennya di Eau Claire, Wisconsin berkata, Trump akan menjadi bencana bagi AS kerana beliau sudah berikrar akan menjadi diktaktor ‘pada hari pertama’.

Malah, Trump secara terbuka berkata beliau akan menggunakan Jabatan Kehakiman bagi melawan musuh politiknya serta menuntut ‘pembatalan’ peruntukan Perlembagaan mengisytiharkan kekalahannya dalam pemilihan 2020.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini