WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan merancang untuk mencalonkan Kash Patel sebagai Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang baharu, menggantikan pengarah semasa Christopher Wray, sebelum tempoh jawatan Wray tamat.
Menurut Trump, berdasar portfolio, Kash seorang peguam, penyiasat, dan pejuang ‘America First’ cemerlang, yang telah menghabiskan kerjayanya membongkar rasuah, mempertahankan keadilan dan melindungi rakyat Amerika.
Trump melantik Wray pada 2017, namun hubungan mereka merosot sebelum Trump meninggalkan jawatan pada 2021.
Pandangan Trump terhadap FBI bertambah buruk selepas pencarian di resort Mar-a-Lago miliknya pada Ogos 2022 dan dakwaan berkaitan salah urus dokumen sulit.
Justeru, Wray kini dilema sama ada perlu meletak jawatan secara sukarela atau dipecat oleh Trump sebelum tempoh perkhidmatannya tamat pada 2027.
Ketika penggal pertama Trump, Patel pernah berkhidmat sebagai ketua staf di Jabatan Pertahanan AS, timbalan pengarah Perisikan Kebangsaan dan pengarah kanan bagi antikeganasan di Majlis Keselamatan Negara Uncle Sam itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.