AMERIKA SYARIKAT: Presiden terpilih AS, Donald Trump, telah melantik Morgan Ortagus, yang juga individu pilihan dalam kalangan pelobi pro-Israel di AS, sebagai Timbalan Duta Khas Presiden untuk Keamanan Asia Barat dalam pentadbiran yang akan datang.
Ortagus akan berkhidmat di bawah Duta Khas Steven Witkoff, yang digambarkan sebagai seorang yang mengagumi Pemimpin rejim Israel, Benjamin Netanyahu.
Ortagus pernah berkhidmat sebagai jurucakap di Jabatan Negara dari 2019 hingga 2021 di bawah pentadbiran Trump yang pertama dan merupakan ahli pasukan Abraham Accords – yang mengawasi normalisasi hubungan antara Israel dan Bahrain, serta Israel dan Emiriah Arab Bersatu.
Menerima pelantikan tersebut, Ortagus menyatakan bahawa beliau berbesar hati untuk mewakili negaranya dalam apa yang beliau anggap sebagai “peranan diplomatik yang sangat penting.” – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.