AMERIKA SYARIKAT: Presiden Donald Trump, berkata pada Jumaat (31 Januari) bahawa beliau akan berbual dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan memberi bayangan bahawa beliau percaya mereka mungkin akan melakukan sesuatu yang digambarkan sebagai signifikan.
Beliau juga menyatakan bahawa Washington sedang menjalani perbincangan serius dengan Moscow.
Trump bagaimanapun tidak menghuraikan dengan lebih lanjut. Beliau membuat kenyataan tersebut kepada pemberita di Pejabat Oval White House. REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.