AMERIKA SYARIKAT: Presiden Donald Trump, pada Ahad (2 Februari), tanpa mengemukakan bukti, mendakwa bahawa “golongan tertentu” di Afrika Selatan dilayan “dengan sangat teruk” dan beliau akan menghentikan pembiayaan kepada negara itu sehingga perkara tersebut disiasat.
“Afrika Selatan sedang merampas tanah dan melayan kelas tertentu dengan sengat teruk,” kata Trump dalam satu hantaran di Truth Social. Bercakap kepada wartawan di Pangkalan Andrews selepas hantaran media sosialnya, beliau berkata situasi itu sedang disiasat.
Tidak jelas apa yang mendorong Trump membuat kenyataan tersebut. Kedutaan Afrika Selatan di Washington D.C. tidak memberikan sebarang komen apabila diminta di luar waktu bekerja rasmi.
Data kerajaan AS yang terkini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat sepatutnya memberikan hampir $440 juta dalam bentuk bantuan kepada Afrika Selatan pada tahun 2023. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.