comscore
Tumpuan :
Dunia

Trak UNRWA dibom Israel

FOTO: Reuters

GAZA: Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNRWA, berkongsi gambar memaparkan traknya yang membawa bantuan kemanusiaan dibom Israel.

Zionis menerusi rejimen tentera lautnya bertindak membedil konvoi itu menggunakan peluru berpandu.

Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza, Thomas White, yang memuat naik gambar itu di media sosial X turut memaklumkan tiada mangsa yang cedera mahupun terkorban dalam serangan.

Pada masa sama, Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma, kejadian seumpama ini merupakan yang ketiga menyasarkan konvoi PBB sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke utara Gaza.

Beliau menggesa semua pihak yang terlibat konflik supaya menghormati undang-undang antarabangsa.

Pengerusi UNRWA melakukan kunjungan hormat ke tiga negara teluk minggu ini, bagi meraih sokongan selepas penderma utama bertindak menggantung pembiayaan ke organisasi itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini