Tumpuan :
Dunia

Tragedi nahas pesawat: Azerbaijan isytihar hari berkabung negara

FOTO: Reutes

BAKU: Azerbaijan telah mengisytiharkan Khamis sebagai hari berkabung bagi mangsa nahas tragedi pesawat penumpang Embraer 190 yang mengendalikan penerbangan Baku-Grozny, lapor Xinhua.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menandatangani perintah rasmi untuk mematuhi hari berkabung sebagai reaksi kepada tragedi itu pada Rabu.

Aliyev, yang berada di ruang udara Rusia dalam perjalanan ke St. Petersburg untuk menghadiri sidang kemuncak pada ketika itu, mengarahkan penerbangannya untuk berpatah balik setelah mengetahui tentang insiden berkenaan.

Pesawat dengan nombor penerbangan J2-8243 itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Aktau di Kazakhstan.

Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan melaporkan 29 orang terselamat, sementara operasi menyelamat sedang dijalankan.

Terdapat 67 orang di dalam pesawat, termasuk 62 penumpang dan lima anak kapal, kata Azerbaijan Airlines di X.

Media Kazakhstan melaporkan penumpang di dalam pesawat termasuk 37 warga Azerbaijan, 16 dari Rusia, enam dari Kazakhstan, dan tiga dari Kyrgyzstan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini