Tumpuan :
Dunia

Tragedi kereta api India: Kegagalan isyarat salah satu punca nahas

FOTO: Reuters

ODISHA: Perkembangan tragedi kereta api di India menyaksikan hasil siasatan awal yang diketuai Pesuruhjaya Keselamatan Kereta Api Bahagian Tenggara mendapati kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi salah satu faktor kejadian.

Menurut media tempatan, kesemua bukti siasatan berkenaan akan dikumpul terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Lembaga Kereta Api India.

Lembaga Kereta Api India kemudiannya akan bersama-sama Biro Penyiasatan Pusat, CBI mengendalikan siasatan peringkat akhir sebelum punca sebenar nahas terbabit diketahui.

Sementara itu, siasatan awal turut menunjukkan kereta api Coromandel Express bergerak memasuki trek sisi pada kelajuan 128 kilometer sejam sebelum merempuh kereta api barang.

Rempuhan terbabit menyebabkan enjin dan empat koc pertama Coromandel Express tergelincir ke landasan sebelah, seterusnya melanggar dua koc terakhir kereta api dari arah bertentangan pada kelajuan 126 kilometer sejam di landasan utama kedua.

Loading...
Terkini