Tumpuan :
Dunia

Gunung Taal di Filipina meletus, cetus amaran tahap rendah

Letusan itu berlaku di kawasan persekitaraan Gunung Taal dengan kepulan asap tebal setinggi dua kilometer.

MANILA: Gunung berapi terkecil dan paling aktif di Filipina meletus, dengan asap setinggi dua kilometer (km) menyelubungi kawasan persekitaran gunung itu pada Rabu.

Agensi seismologi Filipina mengesahkan insiden itu, bagaimanapun ia hanya mengeluarkan amaran tahap rendah.

Pengarahnya, Teresito Bacolcol menggambarkan letusan itu sebagai phreatomagmatik, apabila magma atau batuan lebur yang panas berinteraksi dengan air dan menghasilkan asap tebal.

“Berdasarkan letusan phreatomagmatik ini, ia terhad di pulau gunung berapi. Kami sedang memantau kemungkinan hujan abu di sisi timur, tetapi tiada pemindahan penduduk setakat ini,” katanya.

Beliau menambah bahawa tahap amaran masih rendah dan tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

Meskipun gunung itu berketinggian 311 meter (1,020 kaki), ia tetap diklasifikasikan sebagai berbahaya susulan letusan pada tahun 1911 telah meragut lebih daripada 1,300 nyawa.

Pada Julai 2021, ribuan penduduk telah dipindahkan selepas gunung berapi itu mengeluarkan asap dan gas setinggi 1 km.

Setahun sebelumnya, Gunung Taal melepaskan abu dan asap setinggi 15 km, memaksa lebih daripada 100,000 orang awam meninggalkan rumah dan menyebabkan gangguan meluas di seluruh Manila.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

 
Loading...
Terkini