comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga pangkalan tentera AS di Syria diserang

Foto: Agensi

TELL ABYAD: Tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Syria diserang secara serentak oleh kumpulan tidak dikenali pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, medan minyak Al-Omar di Deir ez-Zor yang menempatkan pangkalan tentera AS serta pangkalan AS di Al-Shaddadi dan Al-Hasakah diserang dengan peluru berpandu.

Terdahulu, sebuah pangkalan AS di kawasan Al-Malikiyah di Al-Hasakah yang diduduki kumpulan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) telah diserang dron bersenjata.

Selain itu, sebuah pangkalan di wilayah Al-Tanf di selatan Syria yang turut menempatkan tentera AS turut diserang dengan dron. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini