comscore
Tumpuan :
Dunia

Tiga beranak antara 10 maut dalam serangan Israel di Lubnan

Foto: Reuters

LUBNAN: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh, lima lagi cedera dalam serangan pengganas Israel di Nabatiyeh, selatan Lubnan.

Kesemua mangsa yang maut adalah warga Syria termasuk seorang ibu bersama dua anaknya.

Serangan menyasarkan gudang penyimpanan senjata Hezbollah.

Ia adalah salah satu serangan dengan jumlah kematian terbesar di pihak Hezbollah sejak Perang Israel-Palestin bermula pada 7 Oktober lalu.

Menurut saksi, pasukan penyelamat bertungkus lumus cuba mencari mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan.

Susulan serangan itu, Hezbollah melancarkan puluhan serangan balas ke kawasan Israel.

Namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ni – CNN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini