Tumpuan :
Dunia

Tiada perjanjian gencatan senjata jika tuntutan rakyat Palestin tidak dipatuhi – Hamas

Oleh: Azliyanti Ib-berahim

SEMENANJUNG GAZA: Gencatan senjata tidak akan berjaya jika tuntutan rakyat tidak dipenuhi.

Demikian tegas kumpulan pejuang Hamas bersama beberapa gerakan kumpulan Palestin lain berhubung perjanjian yang sedang diusahakan Amerika Syarikat ketika ini.

Tuntutan itu termasuk menghentikan perang sepenuhnya dan pengunduran tentera rejim Israel dari Semenanjung Gaza.

Menurut Agensi Berita Palestin, Hamas, Barisan Pembebasan Arab dan Barisan Pembebasan Palestin dalam kenyataan bersama menegaskan negara Palestin yang akan menentukan masa depan perang di Gaza.

Kumpulan-kumpulan berkenaan menekankan akan mengadakan pertemuan tiga pihak yang penting di Gaza ketika perang masih sengit, untuk mencapai persetujuan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini