BANGKOK: Perdana Menteri Thailand bakal diketahui 13 Julai ini.
Menurut Speaker Dewan Rakyat Thailand, Wan Muhammad Noor Matha, parlimen menjalankan undian pada tarikh berkenaan.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Wan Muhammad yang juga Ketua Parti Prachachat dipilih sebagai speaker dewan rakyat yang baharu.
Parti Move Forward,(MFP) akan bergabung di parlimen dengan parti populis, Pheu Thai selepas kedua-duanya meraih kemenangan besar kerusi dewan pada pilihan raya umum lalu.
Ia sekaligus mengalahkan parti lawan yang juga sekutu tentera dan memerintah kerajaan sejak rampasan kuasa pada 2014.
Bersama enam parti lain, mereka dijangka mencadangkan pemimpin MFP, Pita Limjaroenrat, sebagai perdana menteri menggantikan Prayuth Chan-ocha.
Gabungan berkenaan telah memiliki 312 kerusi dan Pita memerlukan 376 undi untuk mengesahkan jawatan itu miliknya.
Pita hanya memerlukan 64 lagi undian sama ada daripada parti lawan atau ahli Senat yang dilantik di bawah tentera.
Terdahulu, wakil dari MFP dan Pheu Thai masing-masing dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat Thailand.