Tumpuan :
Dunia

Thailand perkenal skim pelancong asing sedia bantuan awal, kos perubatan

Foto: Reuters

BANGKOK: Thailand memperkenalkan skim baharu untuk pelancong asing yang menyediakan bantuan awal dan kos perubatan.

Pelan yang memperuntukkan sehingga 500,000 Baht (RM66,660) itu bertujuan sebagai persediaan sekiranya berlaku kemalangan, jenayah dan kecemasan lain.

Ia sekaligus meningkatkan keselamatan kepada pelawat selain memperkukuh sektor pelancongan negara itu.

Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga RM133,300 tertakluk peraturan dan undang-undang.

Bermula 1 Januari hingga 31 Ogos, Skim Thailand Traveller Safety, (TTS) dilaksana bagi meyakinkan pelancong mengenai perlindungan keselamatan.

Bagaimanapun, skim itu tidak termasuk kemalangan yang berpunca daripada kecuaian, niat, perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tingkah laku berisiko.

Thailand menjangka menerima 35 juta pelawat pada 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini