comscore
Tumpuan :
Dunia

Thailand mahu ‘menjenayahkan’ kembali penggunaan ganja hujung tahun ini

Pokok ganja – FOTO: Reuters

BANGKOK: Penggunaan ganja secara rekreasi di Thailand akan dilarang bawah peraturan baharu, manakala lesen diperlukan untuk menanam, mengeksport dan memilikinya untuk kegunaan penyelidikan serta perubatan.

Menteri Kesihatan Awam, Somsak Thepsutin semalam berkata, kerajaan merancang untuk menyenaraikan semula ganja sebagai narkotik, sekali gus hanya mengeluarkan permit kepada mereka yang menanam serta menggunakannya untuk tujuan perubatan dan penyelidikan.

Bagaimanapun menurut Somsak, butiran mengenai proses pelesenan terbabit masih diperincikan.

Kenyataan itu menyusul selepas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, berikrar baru-baru ini untuk kembali menjenayahkan ganja menjelang akhir tahun ini setelah ia dinyahjenayahkan pada 2022.

“Sistem permit itu mestilah tidak meletak beban yang tidak wajar terhadap orang awam,” katanya dalam hantaran melalui Facebook.

Beliau turut memaklumkan tempoh tangguh akan diberikan untuk orang ramai menyesuaikan diri dengan perubahan dasar itu nanti.

Kali pertama Thailand membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan penyelidikan ialah pada 2018.

Dua tahun lalu, negara ini mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik kebangsaan, sekali gus membolehkan orang ramai menanam, menjual dan menggunakannya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini