comscore
Tumpuan :
Dunia

Tertipu dengan pelaburan tidak wujud, tukang kebun rugi RM331,478  

Foto hiasan

KUANTAN: Gara-gara terpedaya dengan pelaburan  yang tidak wujud di aplikasi Tik Tok, seorang tukang kebun kerugian wang sejumlah RM331,478.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman,  berdasarkan laporan, lelaki berusia 54 tahun itu berkenalan dengan seorang individu melalui Facebook yang menawarkan satu pelaburan di TikTok pada Julai lalu.

Katanya, mangsa dimaklumkan hanya perlu mengeluarkan modal daripada jumlah barang yang dijual di TikTok Shop.

“Mangsa diberikan satu aplikasi untuk mengetahui jumlah keuntungan pelaburan dilakukan dan sepanjang tempoh dari 14 Ogos hingga 3 Oktober lalu, mangsa membuat sebanyak 25 transaksi kepada 17 akaun berbeza berjumlah RM331,478 yang juga wang simpanan mangsa.

“Selepas pembayaran dilakukan, mangsa mahu mengeluarkan wang keuntungan yang diperoleh, tetapi mangsa diminta untuk membuat pembayaran RM130,000 dengan alasan untuk bayaran cukai ke atas keuntungan.

“Bagaimanapun, mangsa tidak berbuat demikian kerana rasa ditipu. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya menasihati orang ramai jangan mudah mudah terpedaya dengan pelaburan yang dijanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat .

Pada masa sama  sentiasa membuat semakan sebelum memberi wang untuk menyertai sebarang pelaburan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan kes pelaburan tidak wujud.

Loading...
Terkini