HAWAII: Akibat terlalu ‘lurus’ dan tidak menggunakan logik akal, dua pelancong berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu mereka terjunam ke dalam laut di pelabuhan Hawaii.
Difahamkan sistem pandu arah GPS mengarahkan mereka untuk memandu masuk ke pelabuhan dan lebih pelik, mereka hanya mengikut semberono biapun tujuan adalah ke dalam laut.
Insiden melibatkan dua pelancong yang dalam perjalanan untuk lawatan ikan pari itu berlaku di Pelabuhan Honokohau.
Menurut saksi, dia percaya mangsa berkemungkinan tidak fokus kepada pemanduan dan terlepas pandang hanya dalam tempoh beberapa saat sekaligus menyebabkan kenderaan mereka terjunam masuk ke dalam laut.
Sewaktu kejadian, kereta dipandu pada kelajuan yang munasabah di tanjakan bot sebelum menjunam terus ke dalam air.
Kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.