
RABAT: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi malam Jumaat telah meningkat kepada 820, kata Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Gempa bumi itu juga telah mencederakan sekurang-kurangnya 672 orang, menurut kemas kini terkini daripada kementerian.
Gempa bumi 7 magnitud melanda Maghribi pada hari Jumaat pada 11.11 malam waktu tempatan (2211 GMT) pada kedalaman 18.5 km, kata Kajian Geologi AS.
Pusat gempa adalah berhampiran bandar Ighil di Wilayah Al Haouz, kira-kira 70 km barat daya Marrakesh.