LAUT ARAB: Tentera laut India mengesahkan membebaskan sebuah kapal nelayan Iran yang dirampas sembilan lanun bersenjata di Laut Arab.
Kapal nelayan yang dikenali sebagai al-Kambar 786 itu mempunyai 23 anak kapal berada di barat daya Pulau Socotra di Yemen pada 28 Mac sebelum dirampas kumpulan lanun.
Tentera India dalam satu kenyataan berkata kesemua anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan.
Maklumat awal mendapati, ketika dirampas, kapal itu dipintas oleh INS Sumedha dan INS Trishul, yang membawa kepada lebih 12 jam langkah taktikal pertempuran yang sengit memaksa lanun menyerah diri.
Ketika ini, pasukan maritim India dalam proses menjalankan siasatan dan proses pemeriksaan secara menyeluruh untuk menempatkan kapal berkenaan ke kawasan yang lebih selamat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.