comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Tentera Israel tembak dan gilis rakyat Palestin

TEBING BARAT: Langsung tidak berperikemanusiaan dan semakin menjadi-jadi.

Itulah yang boleh disifatkan mengenai tentera zionis apabila mereka bertindak menembak tiga lelaki Palestin pada jarak yang sangat dekat tanpa sebarang motif jelas.

Setelah badan mangsa berkecai, anggota rejim kemudian bertindak menggilis mayat mereka dengan kenderaan yang dipandu tanpa belas ihsan.

Menurut pasukan Briged Tulkarem, salah seorang lelaki yang terkorban itu adalah pejuang Palestin.

Namun Israel mendakwa kesemua mereka adalah pejuang namun tidak dapat dapat dipastikan kesahihannya.

Dalam pada itu, terdapat lelaki keempat dilaporkan cedera ekoran ditembak rejim zionis sebaik sahaja diberkas.

Pencerobohan kini berlanjutan ke kem pelarian Tulkarem.

Pergolakan di antara rakyat Palestin dan tentera Israel tercetus setelah pasukan khas rejim bertindak menyamar dan menyelinap masuk ke Tulkarem bagi menangkap seorang pejuang Palestin yang dikehendaki.

Meskipun berada di Tebing Barat, Tulkarem tidak terkecuali menjadi sasaran serangan Israel sejak kebelakangan ini.

Sejak 7 Oktober, 340 rakyat Palestin dilaporkan terkorban di Tebing Barat dengan 60 daripadanya adalah penduduk Tulkarem.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini