Tumpuan :
Dunia

Tentera Israel mengaku serang tapak tentera di barat laut Syria

Foto hiasan

SYRIA: Israel mengaku menyerang sebuah “tapak ketenteraan” di Qardaha, berhampiran pantai Mediterranean di barat laut Syria, yang sebelum ini digunakan oleh rejim Bashar Al Assad untuk menyimpan senjata.

Qardaha merupakan kampung halaman bekas Presiden Bashar al-Assad, yang digulingkan oleh kumpulan penentang bersenjata pada Disember tahun lalu.

Sejak kejatuhan al-Assad, Israel kerap mengebom Syria dan terus memperluas pendudukan tenteranya di selatan negara itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini