comscore
Tumpuan :
Dunia

Tentera Israel dakwa bunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar

Yahya Sinwar. FOTO : Reuters

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa pihaknya membunuh tiga pejuang termasuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dalam operasi di Semenanjung Gaza.

“Pada peringkat ini, identiti individu itu tidak dapat disahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan, setakat ini tiada tanda-tanda tebusan Israel berada di bangunan yang menyaksikan pembunuhan tiga pejuang itu dan tiada maklum balas daripada Hamas setakat ini.

Laman web berkaitan Hamas, Al-Majd menggesa rakyat Palestin supaya menunggu maklumat mengenai Sinwar daripada kumpulan itu sendiri dan bukannya media Israel.

Jika disahkan, kematian Sinwar akan menjadi rangsangan besar kepada tentera Israel dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu selepas rentetan pembunuhan berprofil tinggi terhadap pemimpin terkemuka pejuang beberapa bulan kebelakangan ini.

Radio Tentera Israel berkata, insiden itu berlaku semasa operasi darat di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza di mana tentera Israel membunuh tiga pejuang dan mengambil mayat mereka.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menerusi kenyataan di media sosial X berkata, “Kamu akan mengejar musuhmu dan mereka akan rebah di hadapanmu oleh pedang”.

“Musuh kita tidak dapat bersembunyi, kita akan mengejar dan melenyapkan mereka.”

Kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant di laman X.

Sebelum ini, Sinwar dilantik sebagai pemimpin Hamas berikutan pembunuhan bekas ketua politik Ismail Haniyeh di Tehran Julai lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini