Tumpuan :
Dunia

Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata

Kenderaan tentera Israel melalui kawasan yang musnah di selatan Lubnan, dilihat dari utara Israel, selepas gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah berkuat kuasa.

BEIRUT: Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan, dalam insiden terbaru yang melanggar perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita Lubnan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar Al-Aadaissah.

Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di awasan sempadan Aita al-Shaab, menurut laporan penyiar itu.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Gencatan senjata yang rapuh dilaksanakan sejak 27 November, mengakhiri berbulan-bulan tembakan bersama antara Israel dan Hizbullah yang meningkat menjadi konflik berskala penuh pada September lalu.

Walaupun gencatan senjata termeterai, Israel melakukan hampir 900 pelanggaran, membunuh dan mencederakan puluhan orang di Lubnan termasuk wanita dan kanak-kanak.

Di bawah perjanjian gencatan senjata, Israel sepatutnya menyelesaikan pengundurannya dari selatan Lubnan menjelang 26 Januari, tetapi tarikh akhir dilanjutkan hingga 18 Februari selepas Israel enggan mematuhi perjanjian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini